SEKOLAH KEBANGSAAN AMPANGAN

Utama      Profil      Sejarah
Print this pageAdd to Favorite

SEJARAH 124 TAHUN (1887 - 2011)

Sekolah Kebangsaan Ampangan telah wujud sebelum tahun 1887. Pada awal penubuhannya, sekolah ini lebih dikenali sebagai Vercanular School Ampangan dan merupakan salah sebuah daripada 3 buah sekolah verkanular yang tertua di Negeri Sembilan.

Pada awal penubuhannya, sekolah ini mempunyai 41 orang pelajar dengan elaun guru sebanyak 60 ringgit. Bangunan pertama sekolah verkanular ini dibina oleh penduduk kampung dengan menggunakan atap ijuk, dinding pelepah dan berlantaikan tanah. Namun demikian, pada tahun 1930, kerajaan British telah merobohkan bangunan tersebut dan mendirikan bangunan baru berbentuk empat segi (seperti bangunan Sek. Keb. Terachi sekarang) .

Semasa pemerintahan Jepun, sekolah ini dijadikan Sekolah Bahasa Jepun. Apabila British (BMA) kembali semula pada tahun 1945, sekolah Ampangan telah dipindahkan ke Surau Besar Tuan Sheikh Abdullah Hj. Mohd Said di Batu 2, Jalan Jelebu dan berpindah semula ke Ampangan dua tahun kemudian (tahun 1947).

Sehingga kini, bangunan lama sebelum perang masih digunakan. Bangunan tambahan baru telah dibina pada tahun 1964 bagi menampung jumlah pelajar yang bertambah. Pada tahun 1989 pula, sebuah bangunan gotong-royong pula telah dibina. Sementelah pada tahun 1999, bangunan 4 tingkat yang baru telah siap dibina untuk kemudahan pendidik dan pelajar Sekolah Kebangsaan Ampangan.

 

 

 
 
 
 

   
 

 


 

 
 


Sekolah Kebangsaan Ampangan, Seremban (Tel: 067612018) Admin (0143218731)

| Paparan Terbaik 1024 X 768 Pixel | Mozilla Firefox  |
Penafian: SKA Online tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami
kerana menggunakan maklumat dalam web ini

 
Modifications code by webmaster : izadd :: Copyright © 2011 SKA™